Friday 4 March 2016

Apa itu air Alkali?

BY LastNumber999 No comments

Apakah itu Air Alkali?
Air Alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkalin seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0pH-11.5pH. Air minuman yang bersifat alkali yang sesuai untuk tubuh kerana dapat menutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam (air terbaik dunia) adalah contoh air beralkali (7.5pH-9.5pH) dan mengandungi banyak mineral.


Kenapa kita perlukan air alkali?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum kerana ia mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip dan ia mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.


Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calsium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolism, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya. Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9-7.2). Badan kita memerlukan nisbahkeadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4:1 (4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid) atau 80% alkali dan 20% asid.
Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghadaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan. Apabila badan kita melalui proses metabolism, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ.
Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan mengganggu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis. Asidosis kemudiannya mengganggu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit dan penuaan.


Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak. Kepentingan keseimbangan pH Organ dalaman manusia amat sensitive terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut.
Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mngurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.
Satu penemuan yang hebat kajian mengenai air alkali telah bermula dari 1950 di Jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu dibawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan  air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.

Pengiktirafan kehebatan air alkali.
Suatu penemuan bersejarah iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau berkaitan kanser. Dalam kajian beliau punca kancer adalah sel yang kehilangan electron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak didalam badan.


Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis diseluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketahui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan sesuatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

Teori air alkali – kenapa kita sakit?
Adakah Oksigen itu bagus? Jawabnya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap kedalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukka sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat.
Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan electron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam , jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri electron-elektron daripada sel yang sihat.

Sehubungan dengan itu , apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara geneticnya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit. Antioksidan menghalang oksidasi bahaya .

Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan electron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeinbangkan jumlah electron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu  sel-sel yang sihat.

Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagaai karsinogen yang terdapat di dalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi di dalam sel.

Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi banteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari  dihinggapi penyakit? Sewaktu proses penghazaman, bacteria-bakteria bertindak balas dengan protein, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut :-
- Hidrogen sulfida
- Ammonia
- Histamin
- Indoles
- Phenoles
- Scatoles
Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfidadan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membeebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan. Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan,  disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan  berlebiha. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tdi.


0 comments:

Post a Comment


More codes Here