Saturday 26 March 2016

21 Langkah Boleh Mengatasi Kanser

BY LastNumber999 IN , , , , No comments

1. MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN.
 • Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah kanser . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah kanser seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri.

2. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.
• Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID.

3. KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.
• Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan kanser seperti kanser payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga kanser buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk kanser jika dimakan berlebihan dan kerap.

4. JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI
• Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5. BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.
• Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6. ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.
• Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan kanser , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.
• Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8. JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9. PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.
• Kenali tanda-tanda awal kanser dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.

10. MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.
• Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11. ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12. ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.
• Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
• Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan kanser .

13. KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.
• Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab kanser .

14. MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE. 15. JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.
• Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL. 

16. KAWAL BERAT BADAN ANDA.
• Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17. KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.
• Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la..

18. KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.
• Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat kanser kulit.

19. BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.
• Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET.
• Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21. KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL
• Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.



*Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab kanser .

Friday 4 March 2016

Manfaat Air Alkali

BY LastNumber999 No comments

Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.

Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberi kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium, dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras peasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi didalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan


Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan badan:

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam dan seterusnya meningkatkan tahap keasidandi dalam badan.

Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.

Menurut Dr. Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel  yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.

2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan

Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia dating daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.

Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.


Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.

Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.

4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali

Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kancer di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobic (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.

5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastric, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok dengan mengamalkan air beralkali ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ disini adalah ia mengandungi lebihan electron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.


Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan electron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air alkali mengandungi lebihan electron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada  oksigen dimana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan electron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di manba oksigen akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan. Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya mnyingkirkan dari tubuh badan.

8. Keajaiban perubahan pada molekul air setelah didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati Kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.

Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan positif, Kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negative seperti ‘benci’, ‘sedih’  dan’perang’, Kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakaan kepadanya. Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat islam yang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang di ceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah AL-Anbiya ayat 30 yang bermaksud, “Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.


Apa itu air Alkali?

BY LastNumber999 No comments

Apakah itu Air Alkali?
Air Alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkalin seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0pH-11.5pH. Air minuman yang bersifat alkali yang sesuai untuk tubuh kerana dapat menutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam (air terbaik dunia) adalah contoh air beralkali (7.5pH-9.5pH) dan mengandungi banyak mineral.


Kenapa kita perlukan air alkali?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum kerana ia mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip dan ia mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.


Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calsium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolism, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya. Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9-7.2). Badan kita memerlukan nisbahkeadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4:1 (4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid) atau 80% alkali dan 20% asid.
Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghadaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan. Apabila badan kita melalui proses metabolism, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ.
Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan mengganggu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis. Asidosis kemudiannya mengganggu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit dan penuaan.


Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak. Kepentingan keseimbangan pH Organ dalaman manusia amat sensitive terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut.
Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mngurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.
Satu penemuan yang hebat kajian mengenai air alkali telah bermula dari 1950 di Jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu dibawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan  air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.

Pengiktirafan kehebatan air alkali.
Suatu penemuan bersejarah iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau berkaitan kanser. Dalam kajian beliau punca kancer adalah sel yang kehilangan electron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak didalam badan.


Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis diseluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketahui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan sesuatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

Teori air alkali – kenapa kita sakit?
Adakah Oksigen itu bagus? Jawabnya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap kedalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukka sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat.
Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan electron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam , jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri electron-elektron daripada sel yang sihat.

Sehubungan dengan itu , apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara geneticnya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit. Antioksidan menghalang oksidasi bahaya .

Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan electron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeinbangkan jumlah electron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu  sel-sel yang sihat.

Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagaai karsinogen yang terdapat di dalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi di dalam sel.

Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi banteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari  dihinggapi penyakit? Sewaktu proses penghazaman, bacteria-bakteria bertindak balas dengan protein, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut :-
- Hidrogen sulfida
- Ammonia
- Histamin
- Indoles
- Phenoles
- Scatoles
Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfidadan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membeebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan. Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan,  disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan  berlebiha. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tdi.


Thursday 3 March 2016

Madu Pokok Tualang

BY LastNumber999 IN , , , No comments

Kepada Semua pelanggan, jika ada yang mahu mencari madu Pokok Tualang yang ASLI ia boleh didapati disini.

Isi Kandungan : 1kg
Harga jualan sebelum = RM120.00
Harga jualan seluruh Malaysia = RM80 sebotol.

Jika berminat, call/SMS/Whatsapp : 019-6465228/013-2754147

Harga yang kami tawarkan kepada anda sangat berpatutan, untuk sesiapa yang ingin membeli sila buat tempahan untuk kami mendapatkan bekalan dari Pembekal.

Khasiat Madu Lebah 

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin. 
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. 
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. 
2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan. 
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri. 
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin. 
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah) 
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan. 
7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. 
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung. 
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi. 
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Thursday 25 February 2016

Minyak Morhabshi

BY LastNumber999 IN , , , , , No comments


Resin Myrrh (Morhabshi) tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana Myrrh (Morhabshi) bersifat antivirus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selesema, beguk, demam campak, serta jangkitan (wabak)

Minyak Morhabshi, minyak herba tradisional yang diadun dan disediakan secara tradisional.

Formula produk : 
- Myrrh/morha/morhabshi (Commiphora Myrrha)
- Zaiton (Olea Europaea)
- Safron/zaafaran (crocussativus)
- Mustaka/mustakim (Cyperusrotundus L)
- Serai (Cymbopogon citrarus)
- Raja kayu/king of wood (Cassia fistulla)
- Keduduk putih (Melastomaimbricatum)
- Bayam Batu/mulberry (Morus nigra. L)
- Lemuni (Vitex Trifolia var Negundo)
- Hempedu bumi (Andrographis paniculata)
- Cekur (Kaempferia galanga)

Untuk kegunaan : Penyakit misteri, sawan tangis, pusat bayi, batuk, lelah, sihir, sakit barah dan muntah, kayab, bengkak, luka, kudis, kena api, digigit binatang bisa, sakit dada, simpul biawak, sakit gigi, gatal-gatal. Termasuk untuk urutan seluruh badan, aromaterapi, menenangkan, menyegarkan dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

(Untuk cirit-birit, kena santau dan berak darah. - Campurkan 3-5 titik kedalam 1/4 cawan air suam dan minum)

Isi Kandungan : 120ml
Harga jualan seluruh Malaysia = RM45 sebotol.

Jika berminat, call/SMS/Whatsapp : 019-6465228/013-2754147

Khasiat Minyak Morhabshi 
Minyak Morhabshi dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin). 
Antara keunikan Minyak Morhabshi ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya. 
Dalam hal ini saya dan beberapa sahabat yang terdiri daripada golongan profesional pernah menguji Minyak Morhabshimenggunakan perantaraan seorang pelajar yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib. Menurut pelajar IPTA tersebut, 'makhluk' itu serta merta melarikan diri apabila seorang sahabat saya yang menjadi 'sampel ujikaji' disapukan Minyak Morhabshi pada tubuhnya. Wallahu'alam. 

Kami juga dapati Minyak Morhabshiberkesan untuk asma, batuk, sakit dada, dan sebagainya. 

Minyak Morhabshi juga didapati mujarab untuk hampir semua penyakit kulit termasuk kayap, kurap, gatal-gatal dan serangan bakteria. Malah Almarhum mendakwa ia juga mujarab untuk barah. Hal ini kemudiannya diakui oleh seorang Sahabat Morhabshi iaitu Ustaz Samsudin dari Kemaman Terengganu. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional yang baru-baru ini menggunakan Minyak Morhabshi bagi merawat seorang pesakit Barah Hati kronik. 

Stevia Drop

BY LastNumber999 IN , , , , , No comments

Stevia Drops Buatan Malaysia

Cegah & turunkan kencing manis dengan IH Stevia Drops.

1 botol 10ml mengandungi 250 titis, mudah dibawa & senang digunakan; hanya 1-2 titis untuk memaniskan minuman kegemaran anda. Tiada rasa pahit!
Produk berasaskan tumbuhan herba Stevia, 100% semulajadi & selamat digunakan.

Produk berasaskan dari ekstrak daun Stevia. Ekstrak daun pokok Stevia memberi rasa yang sangat manis, lebih manis dari gula pasir.
Disebabkan Stevia ialah tumbuhan semulajadi, Stevia selamat digunakan didalam minuman atau masakan tidak bertoksik dan semulajadi. Stevia telah digunakan sebagai pengganti gula atau pemanis (sweetener) didalam produk makanan dan minuman diseluruh dunia.

Khasiat / Kelebihan :
Bebas toksin, selamat digunakan, boleh menggantikan gula pasir, boleh menggantikan pemanis tiruan, stabil pada suhu yang tinggi. (sesuai untuk semua peringkat umur)
Memberi rasa manis hanya dengan 1 titis sahaja (Segelas), Tidak menaikkan paras gula didalam darah, Pemanis semula jadi, Selamat untuk dimakan, sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis dan individu yang ingin mengurangkan berat badan.

Penggunaan :
Ambil 4 sudu besar dibancuh dengan air florida atau air biasa. Sapu diseluruh muka, badan tangan dan kaki selama 44 hari.

Isi Kandungan : 10ml
Harga jualan seluruh Malaysia = RM35 sebotol.

Jika berminat, call/SMS/Whatsapp : 019-6465228/013-2754147


Khasiat Pokok Stevia 
Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
Melawaskan pembuangan air kencing.
Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
Membantu sistem penghadaman makanan.
Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
Mengurangkan masalah keradangan. 

KAJIAN-KAJIAN MENGENAI STEVIA  
– Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air
– Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu
– Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9)
– Tidak menapai
– meningkatkan jangka hayat produk tenusu
– Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius
– Kestabilan tinggi terhadap cahaya
– Rasa manis yang tahan lama dan stabil dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman
– Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal.

Kemampuan Stevia 
Kesihatan rambut dan Kelemumur : Pati Stevia dipercayai bermanafaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering dan nipis. Banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih kuat, bebas kelemumur dan rambut baru bila penggunaan tetap Stevia. Hanya campurkan 3-4 titis pati Stevia ke dalam syampu biasa dan bilas seperti biasa. Juga, selepas mencuci rambut, gunakan teh stevia sebagai perapi dan bilas selepas 5 minit, dapat membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan menguatkannya 
Diabetes : Kajian dan penyelidikan menunjukkan Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, meningkatkan rintangan insulin, malah boleh menggalakkan pengeluaran insulin dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam darah, dan menghalang kandidiasis (candidiasis) – jangkitan yis kembang-biak bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah gula dan rendah kalori gula alternatif. Ia juga jenis steviol glycosides yang tidak dihadamkan sistem penhadaman lalu dikumuh sebagai air kencing tanpa terkumpul di dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. Meminum teh yang diperbuat dari daun Stevia hancur mentah, atau sebagai ekstrak atau bag teh dan diminum 2 atau3 kali sehari dapat membantu masalah darah luar biasa tinggi gula, biasanya dikaitkan dengan diabetes (hyperglycemia). Untukmenyediakan teh Stevia teh, panaskan – tanpa mendidih satu cawan air dan masukkan satu sudu teh daun atau satu beg teh dan dibiarkan selama 5 -7 minit. Diminum panas atau sejuk. Atau 3-4 titis ekstrak Stevia ke dalam secawan air suam atau sejuk.  Stevia juga boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi untuk mana-mana pemanis tiruan yang digunakan.
Radang Gusi (Gingivitis) : Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri antibakteria Stevia dapat membantu kaviti, gingivitis, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit  gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Orang yang telah menggunakan Stevia sebagai ubat, melaporkan penurunan ketara dalam jangkitan mulut gingivitis dan lain-lain. Hanya kumoh dengan pencuci mulut Stevia dan memberus mengguna ubat gigi dari Stevia menambah faedah. Untuk membuat pencuci mulut Stevia, tambah 3-4 titis ekstrak Stevia kedalam setengah cawan air suam atau rendamkan daun teh stevia atau uncang teh kedalam secawan air suam dan berkumur tiga hingga empat kali setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada waktu malam. Sebagai ubat gigi, campurkan 2 titis ekstrak Stevia ke dalam ubat gigi biasa. 
Pedih ulu hati dan senak : Orang Brazil, Paraguay dan Bolivia menggunakan teh Stevia untuk melegakan sakit perut, pedih ulu hati, dan untuk meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh Stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati dan sakit perut. 
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) : Beberapa kajian jangka panjang yang dilakukan sepanjang tempoh 1 hingga 2 tahun menunjukkan bahawa stevia boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi. Hanya minum teh Stevia dua kali sehari boleh membantu menstabilkan tahap tekanan darah. 
Osteoporosis : Satu kajian yang dilakukan ke atas ayam menunjukkan dengan menambah serbuk daun Stevia ke dalam makanan ayam dengan ketara meningkatkan metabolisma kalsium di dalam ayam dan menurunkan 75% kulit telur pecah. Seorang pesakit Osteoporosis menggunakan Stevia mencadangkan bahawa stevia dapat membantu menggalakkan penyerapan kalsium kedalam badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ubat yang dicadangkan ialah penyediaan teh Alfalfa dan stevia dengan merendam setengah sudu herba Alfalfa dan Stevia selama 5-7 minit. Minum dua hingga tiga kali sehari. Menambah serbuk vitamin D kedalam teh atau mengambil makanan tambahan boleh memberi manfaat juga. 
Mengurangkan Berat Badan : Penyelidikan perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah karbohidrat, kalori dan gula Stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. Satu penyelidikan awal menunjukkan Stevia mengganggu  fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus)dan dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan. Ubat yang dicadangkan ialah dengan meminum satu cawan teh Stevia atau campuran 10-15 titis pati Stevia dalam satu cawan air sejuk atau suam. Minum 15 minit sebelum waktu makan. 
Kedutan dan Keadaan Kulit Lain : Stevia dipercayai menjadi agen penyembuhan masalah kulit.  Aktiviti Antioksida, antibakteria dan antiseptik membantu mengatasi kekedutan (wrinkles), kecacatan kulit (blemishes), keradangan kulit (dermatitis), ekzema, wabak jerawat, parut, ruam, ruam dan bibir luka (chapped lips). Sedikit pati Stevia digunakan secara langsung keatas kulit terjejas dapat menggalakkan proses penyembuhan. Untuk meratakan kedutan, sebelum tidur, sapukan pes yang dibuat dengan menghancurkan daun Stevia atau pati cecair nya disapu rata keseluruh permukaan muka dan biarkan ia kering selama 15-20 minit. Basuh dan keringkan muka dan sapukan beberapa titis minyak kelapa dara ke muka dan biarkan semalaman untuk mendapat manafaat daripada kesan antioksidannya. 
Untuk membersih dan menyegarkan bila dijadikan sebagai pes /topeng muka, kepada kulit berminyak, bersisik dan gatal, dan membantu menghilangkan jerawat, caranya :
a)    campurkan 6 sudu teh tanah liat kaolin dengan 2 sudu teh daun kering hancur stevia dan air suam untuk dijadikan sebagai krim pekat yang sekata.
b)   Jika menggunakan daun segar, sukatannya 5kali ganda jumlah tersebut.
c)   Sapu merata dan tebal dimuka. Apa bila kering topeng akan meninggalkan kesan seperti ukiran dimuka.
d)   Basuh muka apabila topeng kering. Stevia mendatangkan kesan tegang dan melembutkan kulit, melicinkan kedutan dan menghilangkan parut dan kudis.


More codes Here